Tuesday, November 8, 2011

segalanya kerana sebuah niat


Pernahkah anda merasa lelah dalam mengatur rentak kehidupan?

Pernahkah anda rasa ingin kibarkan bendera putih walau perjalanan dan matlamat masih jauh?

Pernahkah anda rasa ingin hentikan langkah walau destinasi belum dijejak?


Pernahkah anda rasa seolah-olah pintu keluar tertutup semuanya?

Terfikirkah anda apa sebabnya?

Berhenti di tengah perjalanan adalah kerana kesilapan di titik permulaan.”

Mari kita 'refresh' kembali niat tatkala kita memulakan sesuatu.

Adakah niat yang dipasang benar-benar tulus dan ikhlas kerana Yang Esa?

Atau masih ada perkara-perkara sia  lain pada niat suci itu?

Atau masih berbaki cebisan-cebisan alasan tentang darjat, balasan dan sebagainya?

Niat adalah penimbang tara dan aras amal seseorang.

Ia adalah teras dan paksi dalam menentukan kesudahahan amal kita.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”


Ayuh kita perbetulkan kembali niat!

6 comments:

  1. Betul jugak tu. Niat yg lebih utama. Kdg2, pagi2 malas nak pegi keja tapi bila fikir balik apa niat saya bekerja, terus jadi tak malas dah.

    ReplyDelete
  2. Niat ni seolah-olah macam ada kuasa. Bila seseorang itu berniat,bermakna minda menerima arahan dan minda akan mengarahkan keseluruh tubuhnya untuk menyempurnakan apa yang di niatkan. :)

    ReplyDelete
  3. salam alayk'

    bagus bro ketengahkan persoalan2 macam ni.
    kdg2 dlm sehari kita xrasa bsmangat sbb niat kita sbnarnya xdipacu nilai ihsan.

    ada kawan aku kata, "cari Allah dlm rutin kita"

    bangun pagi lillahitaala, gosok gigi mandi lillahitaala, tepon mak ayah lillahitaala, kejut rumet lillahitaala, g kelas lillahitaala, alihkan sampah tgh jln lillahitaala, sembang benda baik2 lillahitaala, blogging benda baik2 lillahitaala etc..

    nampak mcm xsusah, hakikatnya, kne selalu juga dilatih begitu.


    Ayuh kita perbetulkan kembali niat!

    ReplyDelete
  4. waalaikumussalam.
    benda yang simple tapi benda ini juga lah kita lupa nak amalkan. setiap tindak tanduk kita disertai dengan niat. Jadi,tajdid niat tu penting sebelum memulakan sesuatu. Moga selepas ni niat kita berada diatas landasanNya.

    Ayuh! :)

    ReplyDelete
  5. perkongsian sgt menarik =)
    sgalanya bermula dgn niat yg ikhlas kerana Dia..
    sudah pasti hasilnya terbaik..Insya-Allah...

    ReplyDelete