Tuesday, November 8, 2011

segalanya kerana sebuah niat


Pernahkah anda merasa lelah dalam mengatur rentak kehidupan?

Pernahkah anda rasa ingin kibarkan bendera putih walau perjalanan dan matlamat masih jauh?

Pernahkah anda rasa ingin hentikan langkah walau destinasi belum dijejak?


Pernahkah anda rasa seolah-olah pintu keluar tertutup semuanya?

Terfikirkah anda apa sebabnya?

Berhenti di tengah perjalanan adalah kerana kesilapan di titik permulaan.”

Mari kita 'refresh' kembali niat tatkala kita memulakan sesuatu.

Adakah niat yang dipasang benar-benar tulus dan ikhlas kerana Yang Esa?

Atau masih ada perkara-perkara sia  lain pada niat suci itu?

Atau masih berbaki cebisan-cebisan alasan tentang darjat, balasan dan sebagainya?

Niat adalah penimbang tara dan aras amal seseorang.

Ia adalah teras dan paksi dalam menentukan kesudahahan amal kita.

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

“Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.”


Ayuh kita perbetulkan kembali niat!