Bismi ALLAH, Ar-Rahman, Ar-Rahim
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
In the name of ALLAH Most Gracious Most Merciful
Alhamdulillah buat para sahabat yang membaca entri ini, sedar atau tidak sekali lagi bulan mulia Ramadhan Kareem kembali menemui kita. Masih ada 5hari lagi sebelum Ramadhan menemui kita tapi insyaALLAH, kita sama-sama doakan kita dapat menemuinya walaupun sehari. Justeru, perkara yang perlu ditanya pada diri, adalah sudahkah kita bersedia menemui bulan mulia Ramadhan ini? Jikalau kita sentiasa boleh menyambut 'New Year' dengan konsert, arak dan mercun, sambut Merdeka dengan pesta maksiat, sudahkah pula kita kuatkan iman kita untuk Ramadhan ini?
Sudah setahun hidup kita dikotori dan dihitamkan dengan pelbagai dosa. Ibarat Hajarul Aswad, yang asalnya putih kini hitam kerana dicemari dengan dosa-dosa manusia. Hati seperti organ-organ lain dalam diri perlu rehat dan dibersihkan. Bila lagi kita mahu melakukannya kalau bukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini? Sesungguhnya ALLAH sayangkan kita dan memudahkan beban kita dengan menggari Syaitan buat sebulan pada setiap Ramadhan, melipatgandakan BONUS pahala, serta tidak lupa mengadakan Malam Lailatul Qadar di bulan ini. Musuh kita hanya tinggal nafsu diri sendiri.Tidak mahukah kita dengan pahala MUDAH dan PERCUMA ini?
Selain itu, pasti tidak lupa juga melihat telatah anak-anak kecil yang dilatih berpuasa pada Ramadhan ini. Bangun pagi pada waktu sahur dan kepenatan sepanjang hari kerana tidak makan. Telatah dan gelagat lucu mereka pasti akan membuat kita tersnyum riang dan ketawa keriangan. Akan membawa kita tentang kita sepertimana kita berpuasa tatkala kita kecil satu ketika dahulu:)
Buat keluarga tersayang dan sahabat sekalian, marilah kita lapangkan dada dan sambut dengan tangan yang terbuka kedatangan Ramadhan ini. Kejarlah segala BONUS di bulan ini dengan melipatgandakan amalan kita. Perbanyakkan solat sunat, membaca Quran dan teruskanlah ia sehingga ke Ramadhan seterusnya. Selamat Beribadah dan semoga semua amalakn kita diterima olehNYA:)
Salam Ramadhan:)